Senat Universiti adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan tertakluk kepada statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan, peperiksaan, pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain.
Keahlian Senat Universiti terdiri daripada Naib Canselor selaku Pengerusi, Pendaftar sebagai Setiausaha, semua Timbalan Naib Canselor, semua Dekan Fakulti dan semua ketua Kampus Cawangan, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institusi Universiti. Selain itu, turut dilantik menjadi ahli Senat Universiti ialah profesor sepenuh masa yang dipilih oleh Profesor dan Profesor Madya sepenuh masa Universiti dan lima orang daripada Universiti yang diko-opt oleh Naib Canselor. Pendaftar, Ketua Pustakawan, Bendahari dan Penasihat Undang-Undang pula menjadi ahli ex-offocio tetapi tidak berhak mengundi dalam mesyuarat Senat. Urus Setia Mesyuarat Senat Universiti adalah Ketua Bahagian Pengurusan Akademik.
Maklumat lanjut mengenai Senat Universiti adalah seperti berikut:

Bidang Kuasa
Bidang kuasa (fungsi) Senat adalah seperti berikut:
- Untuk menubuhkan Fakulti, Sekolah, dan Institut Akademik dan Jabatan, Unit atau Badan Fakulti, Sekolah, Akademik dan Institut;
- Dengan keizinan Lembaga, untuk memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah menyumbang terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan, atau yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang;
- Menggubal dasar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, penyelidikan, biasiswa dan latihan di dalam, oleh atau dari Universiti;
- Untuk memastikan standard pendidikan dalam kursus-kursus yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
- Untuk menentukan kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan yang berkaitan dengan apa-apa kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau akan dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
- Untuk menentukan kelayakan yang dikehendaki bagi diterima masuk ke mana-mana kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
- Untuk mengawal selia penjalanan penilaian dan peperiksaan, mengesahkan keputusan dan menentukan rayuan itu;
- Menggubal dasar untuk melindungi kebebasan akademik dan kecemerlangan profesional; dan
- Untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Perlembagaan ini.
Takwim
BIL. MESYUARAT | TARIKH | HARI | MASA |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 132 Bil. 1/2022 | 26 Januari 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 133 Bil. 2/2022 | 23 Februari 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 134 Bil. 3/2022 | 16 Mac 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 135 Bil. 4/2022 | 27 April 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 136 Bil. 5/2022 | 25 Mei 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 137 Bil. 6/2022 | 22 Jun 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 138 Bil. 7/2022 | 27 Julai 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 139 Bil. 8/2022 | 24 Ogos 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 140 Bil. 9/2022 | 21 September 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 141 Bil. 10/2022 | 26 Oktober 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 142 Bil. 11/2022 | 16 November 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 143 Bil. 12/2022 | 21 Disember 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 1.00 Petang |
SENAT UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Naib Canselor
Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani
SmSn (Kepujian) (UKM), Msc (University of Reading), PhD (University of Cambridge)
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim
Sarjana Muda Usuluddin (Al-Azhar), Sarjana Usuluddin (Malaya), Ph.D (Edinburgh)
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff
al-‘Aliya (University of Jordan), M.A (Al al-Bayt, Jordan), Ph.D (UKM)
Menjalankan Tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani
SmSn (Kepujian) (UKM), Msc (University of Reading), PhD (University of Cambridge)
Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani
B.Sc (UiTM), MA (University of Sheffield), PhD (Australian National University).
Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin
al-‘Aliya (Al al-Bayt, Jordan), M.A (UKM), Ph.D (UM)
Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh (DPT)
LL.B (Hons.) (UIAM), MCL (UIAM), PhD (Keele)
Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Prof. Madya Dr. Zurina Kefeli @ Zulkefli
B. Ec. (UKM), M. Ec. (UKM), PhD (Macquarie)
Dekan Fakulti Sains dan Teknologi
Prof. Dr. Rosalina Abdul Salam
B.Sc Hons (Leeds Metropolitan), M.Sc (Sheffield), Ph.D (Hull).
Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Prof. Dato’ Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris (DBNS)
B. Med. Sc (UKM), MD (UKM), M.Med (O&G) (UKM).(Hull).
Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Prof. Madya Dr. Zainur Rijal Abdul Razak
Dip. (INSANIAH), B.A. Hons (al-Azhar), M.A. (UKM), PhD (Birmingham)
Dekan Fakulti Pergigian
Dr. Ainuddin Yushar Yusof
BDS (UKM), MDS in Ortodontik (UKM).(UKM), PhD (Birmingham)
Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Prof. Madya Ir. Dr. Khairi Abdul Rahim
Ph.D (Nottingham), MEng (UKM), BEng (Uniten), MIEM, PEng
Dekan Pusat Pengajian Siswazah
Prof. Ts. Dr. Norita Md Norwawi
BSc Comp Sc (UNSW), MSc Com Sc (UKMalaysia), Ph.D (UUM)
** Maklumat dikemaskini sehingga 18 September 2022