SOALAN:
Saya tidak dapat datang ke USIM. Bagaimana saya ingin mendapatkan surat pengesahan yang membuktikan saya adalah pelajar USIM atau memohon surat Pengesahan bagi tujuan KWSP?
JAWAPAN:
Surat Pengesahan Pelajar USIM boleh dimohon secara terus oleh pelajar melalui portal iStudent dan selepas disahkan, pelajar boleh terus mencetaknya sendiri. Caj RM1.00 akan dicaj kepada pelajar.
Manakala surat pengesahan bagi tujuan KWSP, pelajar boleh memohon secara emel ke alamat emel bpa@usim.edu.my. Pelajar perlu membuat bayaran RM2.00 secara online ke akaun USIM menerusi myPayment dan resit bayaran perlu dihantar sekali bersama emel. Surat pengesahan bagi tujuan KWSP ini akan dicetak oleh BPA dan pelajar perlu mendapatkannya di kaunter BPA.
SOALAN:
Bilakah tarikh pendaftaran kursus bermula dan apakah kesannya jika saya tidak mendaftar kursus pada semester berkenaan?
JAWAPAN:
Bagi pelajar baharu, pendaftaran kursus akan didaftarkan oleh petugas pendaftaran sebaik sahaja pelajar mendaftar universiti.
Manakala bagi pelajar senior (pelajar semester II dan ke atas), pendaftaran kursus dibuat sendiri oleh pelajar secara online melalui portal pelajar (iStudent), bermula pada minggu ke-13 perkuliahan semester semasa yang sedang berlangsung (Pra-Pendaftaran kursus).
SOALAN:
Bolehkah pelajar lepasan Diploma / Ijazah dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu atau dibenarkan untuk memindahkan kredit?
JAWAPAN:
Pelajar lepasan Diploma / Ijazah boleh dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu atau dibenarkan untuk memindahkan kredit dengan syarat memenuhi kriteria / syarat-syarat yang telah ditetapkan.
SOALAN:
Bilakah jadual waktu kuliah boleh diperolehi?
JAWAPAN:
Jadual waktu kuliah boleh diperolehi selepas pelajar selesai mendaftar kursus menerusi portal pelajar di iStudent. Namun yang demikian, ianya masih belum boleh dicetak sehinggalah notis pemakluman rasmi mengenai cetakan jadual waktu kuliah/tutorial dikeluarkan oleh pihak BPA seminggu sebelum sesi perkuliahan bermula di portal iStudent.
Bilakah tempoh tambah, gugur dan tarik diri kursus yang dibenarkan?
> Tambah kursus  : Minggu pertama hingga minggu kedua perkuliahan sesuatu semester.
> Gugur kursus    : Minggu pertama hingga minggu keempat perkuliahan sesuatu semester.
> Tarik diri kursus : Minggu kelima hingga minggu kesepuluh perkuliahan sesuatu semester.
Jika saya ingin menangguhkan pengajian di atas sebab-sebab yang tertentu (masalah kesihatan/masalah kewangan dan lain-lain), bilakah tarikh yang sesuai untuk saya mohon dan bagaimana dengan caj yuran saya pada semester tersebut?
Sekiranya pelajar berhasrat untuk menangguhkan pengajian di atas sebab-sebab yang tertentu, pelajar perlu mengisi Borang Penangguhan Pengajian dan diserahkan kepada fakulti masing-masing untuk kelulusan Dekan. Setelah diluluskan, fakulti akan mengeluarkan surat pemakluman kelulusan kepada pelajar dan memaklumkan kepada pihak BPA untuk ditukarkan status semasa pelajar kepada status ‘Tangguh Pengajian’. Pihak BPA seterusnya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Bendahari dan Bendahari akan membuat pelarasan yuran mengikut kadar caj yang telah ditetapkan berdasarkan tarikh permohonan pelajar.Â