Kata Aluan Pengarah PPA

/Kata Aluan Pengarah PPA
Kata Aluan Pengarah PPA 2023-01-25T15:30:19+00:00

Kata Alu-Aluan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman sesawang Pusat Pengurusan Akademik (PPA). Terlebih dahulu saya amat mengalu-alukan, pihak yang mengunjungi laman sesawang PPA. Laman sesawang PPA ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada seluruh pelajar dan warga Universiti berhubung dengan pelaksanaan dan pengurusan hal ehwal akademik bagi program Sarjana Muda di USIM.

Saya percaya laman sesawang PPA ini juga akan memberikan gambaran yang jelas tentang peranan dan fungsi PPA dalam merealisasikan hasrat dan harapan Universiti untuk menjadi sebuah Universiti terkehadapan selari dengan misi USIM bagi menghasilkan ilmuan, pemimpin dan profesional yang kompiten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai-nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat.

Akhir kalam, PPA akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik dan akan terus berusaha untuk meningkatkan tahap kualiti pengurusan hal ehwal akademik bagi memenuhi kepuasan dan kehendak pelanggan.

Sekian. Terima kasih.

“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

PROF DR. AMIR SHAHARUDDIN
Pengarah
Pusat Pengurusan Akademik