DASAR KUALITI BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
- Memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra kepada pelanggan dan pemiliktaruh Universiti.
OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
- Memastikan surat tawaran kemasukan dihantar dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi
- Memastikan permohonan kemasukan ke USIM memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan
- Memastikan senarai kursus yang didaftarkan sedia untuk cetakan oleh pelajar selewat-lewatnya satu (1) hari bekerja sebelum hari pendaftaran yang ditetapkan dalam Takwim Akademik
- Memastikan proses gugur, tambah dan tarik diri kursus dilakukan selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
- Memastikan jadual waktu perkuliahan sedia untuk dicetak oleh pelajar selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum sesi perkuliahan bermula.
- Memastikan jadual waktu perkuliahan sedia untuk dicetak oleh kakitangan akademik selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum sebelum sesi perkuliahan bermula.
- Memastikan kemudahan fizikal bagi proses pengajaran dan pembelajaran diselaraskan selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja sebelum sesi perkuliahan bermula
- Memastikan kertas soalan peperiksaan akhir semester sesuatu kursus yang diterima daripada Fakulti/Pusat adalah mengikut format yang ditetapkan
- Memastikan kertas soalan peperiksaan akhir semester diterima selewat-lewatnya 30 hari bekerja sebelum peperiksaan berlangsung
- Memastikan kertas soalan peperiksaan akhir semester sesuatu kursus dicetak selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh peperiksaan kursus tersebut
- Memastikan kertas soalan peperiksaan akhir semester sesuatu kursus berada di Dewan Peperiksaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu peperiksaan kursus tersebut
- Memastikan pelajar memperolehi keputusan peperiksaan akhir semester melalui capaian eWadi setelah disahkan oleh Senat Universiti dan slip boleh diperolehi di Fakulti selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas Senat Universiti bersidang
SLOGAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
- Mesra, Cekap dan Tepat