Peraturan-Peraturan Penyewaan Dewan/Ruang Pembelajaran

 

  1. Penganjur yang ingin menyewa dewan/ruang untuk sebarang majlis mesti membuat permohonan secara rasmi bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

  2. Tempahan yang dibuat secara lisan melalui telefon atau sebaliknya hendaklah disusuli dengan surat rasmi sekurang-kurangnya dua (2) minggu dari tarikh penggunaan (permohonan yang diterima kurang dari dua (2) minggu adalah tertakluk kepada kelulusan Naib Canselor). Sebarang tempahan tanpa surat rasmi tidak akan dilayan.

  3. Sebarang pembatalan permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum program berlangsung.

  4. Pihak USIM tidak boleh dilibatkan secara langsung atau tidak langsung dalam urusan publisiti berkaitan dengan majlis yang dianjurkan oleh pihak penyewa/penganjur.

  5. Dilarang melekat, menampal sebarang poster/makluman di permukaan dinding dan lantai dewan/ruang yang boleh merosakkan dewan/ruang pembelajaran yang disewa berkenaan.

  6. Semua peralatan dewan/ruang hanya akan dikendalikan oleh juruteknik daripada unit pembangunan USIM sahaja.

  7. Dilarang merokok, makan dan minum di dalam dewan/ruang dan jika dewan/ruang kotor dengan sampah sarap selepas penggunaannya, pihak penganjur hendaklah membersihkannya dengan serta merta.

  8. Pihak USIM berhak menuntut bayaran ganti rugi, sekiranya berlaku sebarang kerosakan fizikal pada dewan/ruang atau sebarang peralatan yang digunakan oleh pihak penyewa/penganjur.

  9. Sila pastikan kemudahan fizikal yang disediakan tidak dialihkan daripada kedudukan asal.

  10. Pihak USIM tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan barangan pihak penyewa/penganjur.

  11. Tempahan-tempahan lain selain daripada sewaan dewan/ruang seperti tempahan sistem audio, pesanan jamuan dan sebagainya perlu dibuat sendiri oleh pihak penganjur.

  12. Kadar penyewaan ruang/dewan di USIM adalah sebagaimana di lampiran A (rujuk USIM Tijarah).

  13. Pihak penyewa/penganjur hendaklah menjelaskan bayaran sewa dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh inbois dikeluarkan.

  14. Pihak USIM berhak menolak pemohonan baru sesebuah agensi/instiitusi penyewa sekiranya, didapati agensi/institusi berkenaan gagal mematuhi syarat/peraturan yang ditetapkan semasa penyewaan yang dibuat sebelum ini.

  15. Penganjur hendaklah mematuhi segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak USIM.

  16. Pihak USIM berhak meminda syarat dan peraturan ini dari semasa ke semasa.
Hubungi Kami Informasi Web
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-798 8000, Faks: +606-798 8334, 
Emel: bpa[at]usim.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas: http://helpdesk.usim.edu.my
USIM tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800
Tarikh Akhir Kemaskini: 19/7/2017

Hakcipta © Universiti Sains Islam Malaysia