Peperiksaan dan Pengijazahan

Syarat Pengijazahan

Untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian, pelajar dikehendaki mengikuti dan lulus sekurang-kurangnya sejumlah unit kursus minimum yang ditetapkan seperti yang terkandung dalam peraturan pengajian program pengajian yang pelajar ikuti meliputi komposisi seperti kursus Wajib Universiti (WU), Kursus Wajib Fakulti (WF), Kursus Wajib Program (WP) dan Kursus Elektif Program (EP).

Selain itu, Ijazah juga boleh dikurniakan kepada pelajar yang telah memenuhi syarat berikut:

a) Memenuhi semua kehendak peraturan pengajian program yang saudari ikuti-seperti di atas
b) Memenuhi keperluan MUET/IELTS/TOEFL yang ditetapkan universiti
c) Diperakui supaya diberikan ijazah oleh Senat Universiti
d) Menjelaskan segala bayaran yang ditetapkan oleh Universiti.
 
Sekiranya semua komponen di atas telah dipenuhi, pelajar telah melayakkan diri untuk dianugerahkan ijazah daripada USIM.

Pelajar juga dinasihatkan untuk merujuk kepada Peraturan Pengajian USIM (Pengajian Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian) 2007 (Pindaan Pertama, 2011) sebagai panduan pelajar.

Kehilangan Transkrip Akademik Rasmi, Skrol Ijazah dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian

Untuk cetakan semula surat tamat pengajian, transkrip rasmi dan skrol ijazah, pelajar perlu mengikuti langkah berikut:

Menulis terus kepada Ketua Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), memohon surat tamat pengajian gantian, skrol ijazah gantian dan transkrip rasmi berkenaan dengan menyertakan:
i) Surat permohonan daripada graduan
ii) Laporan Polis
iii) Resit bayaran sebanyak RM100/skrol
iv) Resit bayaran sebanyak RM25/bahasa

Tempoh masa siap: 7 hari bekerja bergantung kepada keberadaan Dekan, Pendaftar dan Naib Canselor

Graduan yang tidak dapat hadir sendiri, tetapi ingin memungut secara serahan kaunter, perlu mengemukakan surat wakil /kebenaran dan menyertakan salinan kad pengenalan graduan (depan dan belakang) serta mencatatkan nama dan nombor kad pengenalan orang yang diwakilkan di dalam surat perwakilan.


Manakala bagi urusan pos, graduan boleh memaklumkan terus dalam surat tersebut dipos secara Akuan Terima Berdaftar (AR Registered) dengan menulis alamat yang jelas dan lengkap berserta dengan no. telefon rumah/bimbit, satu salinan kad pengenalan (depan belakang) dengan bayaran:

RM5 (transkrip) dan RM10 (skrol Ijazah).

Bayaran boleh dibuat sama ada menggunakan wang pos atau mendepositkan jumlah yang ditetapkan ke dalam akaun BIMB bernombor 05-058-01-000888-4 atas nama Bendahari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Semua urusan pos akan dibuat secara akuan terima berdaftar.

Peringatan: Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan semasa proses pengeposan tersebut.

Permohonan Surat Pengesahan Tamat Belajar

Transkrip Akademik Rasmi dan Surat Tamat Pengajian hanya akan diuruskan proses penghantaran melalui alamat lengkap kepada pelajar setelah Keputusan Akademik Rasmi disahkan dalam Mesyuarat Senat Universiti yang terdekat.

Hubungi Kami Informasi Web
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-798 8000, Faks: +606-798 8334, 
Emel: bpa[at]usim.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas: http://helpdesk.usim.edu.my
USIM tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800
Tarikh Akhir Kemaskini: 17/10/2017

Hakcipta © Universiti Sains Islam Malaysia