Pendaftaran Kursus dan Jadual Waktu

PENDAFTARAN KURSUS

SOALAN:
Bilakah tarikh pendaftaran kursus bermula dan apakah kesannya jika saya tidak mendaftar kursus pada semester berkenaan?
JAWAPAN:
Bagi pelajar baharu, pendaftaran kursus akan didaftarkan oleh petugas pendaftaran sebaik sahaja pelajar mendaftar universiti.
Manakala bagi pelajar sediada (senior), pendaftaran kursus dibuat sendiri oleh pelajar iaitu secara online melalui portal pelajar (iStudent), dua (2) minggu sebelum semester bermula.

Kesan sekiranya pelajar tidak mendaftar kursus di dalam tempoh yang telah ditetapkan adalah status pelajar akan ditukar kepada 'Tidak Mendaftar', jadi secara tidak langsung pelajar tidak dapat @ dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir dan sekiranya pelajar gagal mendaftar kursus selama dua (2) semester berturut-turut tanpa alasan yang munasabah, pelajar akan diberhentikan daripada pengajian.

 Rujuk Per.7.2 dan 7.8 Peraturan-Peraturan Universiti Sains Islam Malaysia (Pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian) 2007 (Pindaan kedua, 2015)

PEMINDAHAN KREDIT

SOALAN:
Bolehkah pelajar lepasan Diploma / Ijazah dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu atau dibenarkan untuk memindahkan kredit?
JAWAPAN:Pelajar lepasan Diploma / Ijazah boleh dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu atau dibenarkan untuk memindahkan kredit dengan syarat memenuhi kriteria / syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 Rujuk Garis Panduan Pertimbangan Pemindahan Jam Kredit (PK) Bagi Pelajar Sarjana Muda Lepasan Diploma/Ijazah Yang Diiktiraf 

CETAKAN JADUAL WAKTU KULIAH

SOALAN:
Bilakah jadual waktu kuliah boleh diperolehi?
JAWAPAN:
Jadual waktu kuliah boleh diperolehi selepas pelajar selesai mendaftar kursus menerusi portal pelajar di iStudent. Namun yang demikian, ianya masih belum boleh dicetak sehinggalah notis pemakluman rasmi mengenai cetakan jadual waktu kuliah/tutorial dikeluarkan oleh pihak BPA seminggu sebelum sesi perkuliahan bermula di portal iStudent.

TAMBAH, GUGUR DAN TARIK DIRI KURSUS

SOALAN:
Bilakah tempoh tambah, gugur dan tarik diri kursus yang dibenarkan?
JAWAPAN:
> Tambah kursus   : Minggu pertama hingga minggu kedua perkuliahan sesuatu semester.
> Gugur kursus      : Minggu pertama hingga minggu keempat perkuliahan sesuatu semester.
> Tarik diri kursus : Minggu kelima hingga minggu kesepuluh perkuliahan sesuatu semester.

 Rujuk: Tarikh-Tarikh penting perkuliahan 

PENANGGUHAN PENGAJIAN

SOALAN:
Jika saya ingin menangguhkan pengajian di atas sebab-sebab yang tertentu (masalah kesihatan/masalah kewangan dan lain-lain), bilakah tarikh yang sesuai untuk saya mohon dan bagaimana dengan caj yuran saya pada semester tersebut?
JAWAPAN:
Sekiranya pelajar berhasrat untuk menangguhkan pengajian di atas sebab-sebab yang tertentu, pelajar perlu mengisi Borang Penangguhan Pengajian dan diserahkan kepada fakulti masing-masing untuk kelulusan Dekan. Setelah diluluskan, fakulti akan mengeluarkan surat pemakluman kelulusan kepada pelajar dan memaklumkan kepada pihak BPA untuk ditukarkan status semasa pelajar kepada status 'Tangguh Pengajian'. Pihak BPA seterusnya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Bendahari dan Bendahari akan membuat pelarasan yuran mengikut kadar caj yang telah ditetapkan berdasarkan tarikh permohonan pelajar. 

 Rujuk Matlumat penting pelajar

Hubungi Kami Informasi Web
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-798 8000, Faks: +606-798 8334, 
Emel: bpa[at]usim.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas: http://helpdesk.usim.edu.my
USIM tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800
Tarikh Akhir Kemaskini: 7/12/2017

Hakcipta © Universiti Sains Islam Malaysia