Senat Universiti v1

/Senat Universiti v1
Senat Universiti v1 2019-01-23T08:45:37+00:00

Senat Universiti adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan tertakluk kepada statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan, peperiksaan, pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain.

Keahlian Senat Universiti terdiri daripada Naib Canselor selaku Pengerusi, Pendaftar sebagai Setiausaha, semua Timbalan Naib Canselor, semua Dekan Fakulti dan semua ketua Kampus Cawangan, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institusi Universiti. Selain itu, turut dilantik menjadi ahli Senat Universiti ialah profesor sepenuh masa yang dipilih oleh Profesor dan Profesor Madya sepenuh masa Universiti dan lima orang daripada Universiti yang diko-opt oleh Naib Canselor. Pendaftar, Ketua Pustakawan, Bendahari dan Penasihat Undang-Undang pula menjadi ahli ex-offocio tetapi tidak berhak mengundi dalam mesyuarat Senat. Urus Setia Mesyuarat Senat Universiti adalah Ketua Bahagian Pengurusan Akademik.

Maklumat lanjut mengenai Senat Universiti adalah seperti berikut:

PENGERUSI

Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad,
Naib Canselor
AHLI
Semua Timbalan Naib Canselor
Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman,
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani,
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Prof. Dato’ Dr. Roshada Hashim,
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Semua Dekan Fakulti dan Semua Ketua Kampus Cawangan/Sekolah/Pusat/Akademi/Institut Universiti
dekfkp Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Bin Kasmani,
Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Prof. Madya Dr. Muhammad Mustaqim Bin Mohd.Zarif,
Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Dr. Arif Fahmi Bin Md Yusof,
Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang
Prof. Madya Dr. Muhammad Ridhwan Bin Ab. Aziz,
Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Prof. Dr. Rosalina Binti Abdul Salam,
Dekan Fakulti Sains dan Teknologi
Prof. Madya Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris,
Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Dr. Nurkhamimi Bin Zainuddin,
Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Dr. Ainuddin Yushar Bin Yusof ,
Dekan Fakulti Pergigian
Prof. Madya Dr. Amir Bin Shaharuddin,
Dekan Pusat Pengajian Siswazah
Ar. Dr. Elina Binti Mohd Husini,
Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Prof. Madya Dr. Abdul Manan Ismail,
Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah
Pn Alifah Binti Hj Hamid,
Pengarah Pusat Tamhidi
Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali,
Pengarah Pusat Pengajian Teras
Dr. Mohd Azman Bin Hashim @Ismail,
Pengarah Institut Sains Islam
Prof. Madya Dr. Che Wan Zanariah Che Wan Ngah
Pengarah Institute Of Halal Research And Management (IHRAM)
Prof. Madya Dr. Irwan Mohd Subri
Pengarah Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)
Profesor sepenuh masa yang dipilih bagi tempoh tiga (3) tahun oleh semua Profesor dan Profesor Madya sepenuh masa Universiti
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Mohd Nasri Nik Ismail,
Profesor Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Prof. Dr. Abdul Samat Musa,
Profesor Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Prof. Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah,
Profesor Fakulti Ekonomi Dan Muamalat
Prof. Dr. Amir Husin Mohd Nor,
Professor Fakulti Syariah dan Undang-Undang
bachok Prof. Dr. Bachok M. Taib,
Profesor Fakulti Sains dan Teknologi
[Kosong] Profesor Fakulti Sains dan Teknologi
Prof. Dato’ Dr Mahmud Mohd Nor,
Profesor Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
[Kosong] Professor Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
s7 Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Mohamad Nasir Wan Othman,
Professor Fakulti Pergigian
Prof. Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah,
Professor Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
sukaimi Prof. Dr. Jalani bin Sukaimi,
Professor Fakulti Sains dan Teknologi
fadzilah Prof. Dr. Mohd Fadzillah Abdul Razak,
Professor Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
rugayah Prof. Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek,
Professor Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Lima (5) orang daripada Universiti yang diko-opt oleh Naib Canselor selama tiga (3) tahun
[Kosong] Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat [Kosong] Pengarah Pusat Inovasi, Jaringan Industri Dan Masyarakat
[kosong] Pengarah Pusat Pembelajaran
Akses Terbuka Global,
Teknologi Imersif dan Jaminan Kualiti
[Kosong]
Pengarah Pusat Jaminan Kualiti, Dasar Dan Kecemerlangan Akademik
[kosong]
Ketua Jabatan Pemasaran Dan Kemasukan Kualiti
Ahli Ex-Officio
Pn. Nor Azzah Momin,
Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan
Dato’ Muhammad Haizuan Rozali,
Pendaftar
Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil,
Bendahari
Yuhani Jamiran,
Penasihat Undang-Undang
SETIAUSAHA
Hammad Farhi Mohd Saudi,
Ketua
Bahagian Pengurusan Akademik
** (Berdasarkan keputusan Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 81 Bil. 3/2014 yang bersidang pada 2 Julai 2014)
fadz URUS SETIA
Fadzlina Azahari
Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik
** (Berdasarkan keputusan Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke – 81 Bil. 3/2014 yang bersidang pada 2 Julai 2014)

** Maklumat dikemaskini sehingga 7 Januari 2019

Bidang Kuasa

Bidang kuasa (fungsi) Senat adalah seperti berikut:

  • Untuk menubuhkan Fakulti, Sekolah, dan Institut Akademik dan Jabatan, Unit atau Badan Fakulti, Sekolah, Akademik dan Institut;
  • Dengan keizinan Lembaga, untuk memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah menyumbang terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan, atau yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang;
  • Menggubal dasar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, penyelidikan, biasiswa dan latihan di dalam, oleh atau dari Universiti;
  • Untuk memastikan standard pendidikan dalam kursus-kursus yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
  • Untuk menentukan kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan yang berkaitan dengan apa-apa kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau akan dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti;
  • Untuk menentukan kelayakan yang dikehendaki bagi diterima masuk ke mana-mana kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
  • Untuk mengawal selia penjalanan penilaian dan peperiksaan, mengesahkan keputusan dan menentukan rayuan itu;
  • Menggubal dasar untuk melindungi kebebasan akademik dan kecemerlangan profesional; dan
  • Untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Perlembagaan ini.