Mesyuarat Pengurusan Akademik(MPA) adalah menjadi medium perbincangan PTJ dibawah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan PTJ berkaitan penyelarasan dan kepengurusan akademik seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, Pusat Teknologi Maklumat, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti dan Jabatan Bendahari bagi membincangkan isu-isu pentadbiran dan hal ehwal akademik.
Maklumat lanjut mengenai MPA adalah seperti berikut:

Bidang Kuasa
Bidang kuasa (fungsi) MPA adalah seperti berikut :
- Untuk membincangkan isu-isu berkaitan pentadbiran dan hal ehwal akademik diantara PTJ dibawah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan PTJ yang berkaitan dengan penyelarasan akademik seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah.
- Untuk membentuk dan membincangkan dasar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, penyelidikan (prasiswazah dan siswazah), biasiswa, program sangkutan pelajar, latihan industri dan latihan yang dijalankan didalam atau luar Universiti untuk diangkat ke Mesyuarat Senat Universiti.
- Untuk membincangkan dasar dan kaedah pentadbiran untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.
- Untuk membincangkan kaedah perlaksanaan dan tindakan berdasarkan mesyuarat di peringkat kebangsaan atau di peringkat USIM seperti Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-timbalan Naib Canselor/Rektor (Akademik dan Antarabangsa) IPTA dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti.
- Untuk membincangkan kaedah perlaksanaan dan tindakan berkaitan hal ehwal akademik dan antarabangsa berdasarkan arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dari masa ke semasa.
- Untuk membincangkan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi memperkasa pentadbiran dan hal ehwal akademik bagi PTJ dibawah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan PTJ yang berkaitan dengan penyelarasan akademik seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah.
Takwim
BIL. MESYUARAT | TARIKH | HARI | MASA |
Mesyuarat MPA Bil. 1/2022 | 23 Mac 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 5.00 Petang |
Mesyuarat MPA Bil. 2/2022 | 15 Jun 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 5.00 Petang |
Mesyuarat MPA Bil. 3/2022 | 9 November 2022 | Rabu | 9.00 Pagi – 5.00 Petang |