Latar Belakang Bahagian Pengurusan Akademik USIM

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pengajian Prasiswazah adalah penggerak utama kepada Universiti dalam mengemudi hal-ehwal berkaitan akademik yang merupakan core business Universiti.

BPA merupakan sebuah jabatan yang berorientasikan perkhidmatan kepada mahasiswa-mahasiswi, kakitangan akademik dan pentadbiran dalam hal ehwal pengurusan akademik. BPA merupakan nadi utama Universiti dan memainkan peranan sebagai bahagian yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan akademik bagi para pelajar Sarjana Muda.

Aktiviti akademik adalah merupakan tunjang utama atau business teras sesebuah universiti dan ianya adalah agenda yang sangat penting dan berimpak tinggi terutamanya bagi sesebuah universiti seperti USIM. Bersesuaian dengan peranan tersebut maka Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) berperanan untuk merealisasikan hasrat USIM dalam melahirkan graduan yang Al-abrar yang bersifat futuristic, berfikiran baru dan bertatasusila tinggi serta mampu bersaing di peringkat global dan bijak meneroka peluang di arena antarabangsa..

BPA diletakkan di bawah pengawasan dan penyeliaan Timbalan Pendaftar Kanan selaku Ketua Jabatan dan diletakkan di bawah portfolio Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Hubungi Kami Informasi Web
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-798 8000, Faks: +606-798 8334, 
Emel: bpa[at]usim.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas: http://helpdesk.usim.edu.my
USIM tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800
Tarikh Akhir Kemaskini: 17/10/2017

Hakcipta © Universiti Sains Islam Malaysia