Dasar, Objektif Kualiti & Slogan

DASAR KUALITI BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

  • Memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra kepada pelanggan dan pemiliktaruh Universiti.

 

OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

  • Memastikan surat tawaran kemasukan dihantar dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi
  • Memastikan permohonan kemasukan ke USIM memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan
  • Memastikan senarai kursus yang didaftarkan sedia untuk cetakan oleh pelajar selewat-lewatnya satu (1) hari bekerja sebelum hari pendaftaran yang ditetapkan dalam Takwim Akademik
  • Memastikan proses gugur, tambah dan tarik diri kursus dilakukan selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  • Memastikan jadual waktu perkuliahan sedia untuk dicetak oleh pelajar selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum sesi perkuliahan bermula.
  • Memastikan jadual waktu perkuliahan  sedia untuk dicetak oleh kakitangan akademik selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum sebelum sesi perkuliahan bermula.
  • Memastikan kemudahan fizikal bagi proses pengajaran dan pembelajaran diselaraskan selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja sebelum sesi perkuliahan bermula
  • Memastikan kertas soalan peperiksaan akhir semester sesuatu kursus yang diterima daripada Fakulti/Pusat adalah mengikut format yang ditetapkan
  • Memastikan kertas soalan peperiksaan akhir semester diterima selewat-lewatnya 30 hari bekerja sebelum peperiksaan berlangsung
  • Memastikan kertas soalan peperiksaan akhir semester sesuatu kursus dicetak selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh peperiksaan kursus tersebut
  • Memastikan kertas soalan peperiksaan akhir semester sesuatu kursus berada di Dewan Peperiksaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu peperiksaan kursus tersebut
  • Memastikan pelajar memperolehi keputusan peperiksaan akhir semester melalui capaian eWadi setelah disahkan oleh Senat Universiti dan slip boleh diperolehi di Fakulti selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas Senat Universiti bersidang

 

SLOGAN BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

  • Mesra, Cekap dan Tepat
Hubungi Kami Informasi Web
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-798 8000, Faks: +606-798 8334, 
Emel: bpa[at]usim.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas: http://helpdesk.usim.edu.my
USIM tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800
Tarikh Akhir Kemaskini: 19/7/2017

Hakcipta © Universiti Sains Islam Malaysia