Kata Alu-Aluan Ketua Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)

Selamat Datang ke Portal Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

 

Segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnia dan izinnya portal Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) dapat dibangunkan bagi kemudahan dan rujukan mahasiswa dan mahasiswi khususnya dan seluruh warga USIM serta pemilik taruh amnya.

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pengajian Prasiswazah (BPPS) adalah nadi penggerak utama kepada Universiti dan merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal akademik, khususnya program Ijazah Sarjana Muda. 

Aktiviti akademik adalah merupakan tunjang utama atau business teras sesebuah universiti dan ianya adalah agenda yang sangat penting dan berimpak tinggi terutamanya bagi sesebuah universiti seperti USIM. Bersesuaian dengan peranan tersebut maka Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) berperanan untuk merealisasikan hasrat USIM dalam melahirkan graduan yang Al-abrar yang bersifat futuristic, berfikiran baru dan bertatasusila tinggi serta mampu bersaing di peringkat global dan bijak meneroka peluang di arena antarabangsa.

Justeru dengan peranan yang dimainkan oleh seluruh warga Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) khususnya dan USIM amnya maka hasrat Universiti untuk menjadi sebuah Universiti yang terkehadapan khususnya dalam bidang yang berfokus dapat direalisasikan.

Kolaborasi dan komitmen antara semua pihak, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Fakulti dan Pusat Akademik dalam memacu kecemerlangan akademik universiti mampu melahirkan graduan yang berkualiti dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Justeru, saya berharap dengan adanya portal ini maka semua pihak mendapat gambaran yang jelas peranan yang dimainkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik (BPA).

Akhir kata, salam hormat dari saya dan gunakanlah peluang melayari portal ini untuk mendapatkan informasi khususnya dalam pengurusan hal ehwal Program Ijazah Sarjana  Muda.

Sekian, والسلام


HAMMAD FARHI MOHD SAUDI
Timbalan Pendaftar Kanan
Ketua Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)

 

 

Hubungi Kami Informasi Web
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-798 8000, Faks: +606-798 8334, 
Emel: bpa[at]usim.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas: http://helpdesk.usim.edu.my
USIM tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800
Tarikh Akhir Kemaskini: 17/10/2017

Hakcipta © Universiti Sains Islam Malaysia