Latar Belakang USIM

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.

Kini USIM mempunyai 9 buah fakulti iaitu:

  • Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)
  • Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)
  • Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
  • Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)
  • Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  • Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
  • Fakulti Pergigian (FPg)
  • Fakulti Kejuruteraan dan Alm Bina (FKAB)

Selain itu, USIM juga memberikan tumpuan utama kepada pengajian peringkat siswazah. Adalah dirancangkan 40 peratus daripada enrolmen pelajarnya ialah calon-calon pascasiswazah. Ini bermakna selain daripada tanggungjawab mendidik, USIM juga menjadi institusi penyelidikan yang utama sebagai teras pengukuhan bidang pengajiannya.

Hubungi Kami Informasi Web
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA

Tel: +606-798 8000, Faks: +606-798 8334, 
Emel: bpa[at]usim.edu.my

Pertanyaan / Maklum Balas: http://helpdesk.usim.edu.my
USIM tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800
Tarikh Akhir Kemaskini: 19/7/2017

Hakcipta © Universiti Sains Islam Malaysia