Kata Aluan Ketua BPA

/Kata Aluan Ketua BPA
Kata Aluan Ketua BPA 2020-03-12T16:02:49+00:00

Kata Alu-Aluan Ketua Bahagian Pengurusan Akademik

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat datang ke laman sesawang Bahagian Pengurusan Akademik (BPA). Terlebih dahulu saya amat mengalu-alukan, pihak yang mengunjungi laman sesawang BPA. Laman sesawang BPA ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada seluruh pelajar dan warga Universiti berhubung dengan pelaksanaan dan pengurusan hal ehwal akademik bagi program Sarjana Muda di USIM.

Saya percaya laman sesawang BPA ini juga akan memberikan gambaran yang jelas tentang peranan dan fungsi BPA dalam merealisasikan hasrat dan harapan Universiti untuk menjadi sebuah Universiti terkehadapan selari dengan misi USIM bagi menghasilkan ilmuan, pemimpin dan profesional yang kompiten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai-nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat.

Akhir kalam, BPA akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik dan akan terus berusaha untuk meningkatkan tahap kualiti pengurusan hal ehwal akademik bagi memenuhi kepuasan dan kehendak pelanggan.

Sekian. Terima kasih.

“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

NORLIZAWATY TUMIN
Menjalankan Tugas
Ketua Bahagian Pengurusan Akademik