Pendaftaran Kursus & Jadual Waktu

/Pendaftaran Kursus & Jadual Waktu

SOALAN:
Bilakah tarikh pendaftaran kursus bermula dan apakah kesannya jika saya tidak mendaftar kursus pada semester berkenaan?

JAWAPAN:

Bagi pelajar baharu, pendaftaran kursus akan didaftarkan oleh petugas pendaftaran sebaik sahaja pelajar mendaftar universiti.

Manakala bagi pelajar sediada (senior), pendaftaran kursus dibuat sendiri oleh pelajar iaitu secara online melalui portal pelajar (iStudent), dua (2) minggu sebelum semester bermula.

Kesan sekiranya pelajar tidak mendaftar kursus di dalam tempoh yang telah ditetapkan adalah status pelajar akan ditukar kepada ‘Tidak Mendaftar’, jadi secara tidak langsung pelajar tidak dapat @ dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir dan sekiranya pelajar gagal mendaftar kursus selama dua (2) semester berturut-turut tanpa alasan yang munasabah, pelajar akan diberhentikan daripada pengajian.

SOALAN:
Bolehkah pelajar lepasan Diploma / Ijazah dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu atau dibenarkan untuk memindahkan kredit?

JAWAPAN:Pelajar lepasan Diploma / Ijazah boleh dipertimbangkan untuk pengecualian daripada mengambil kursus tertentu atau dibenarkan untuk memindahkan kredit dengan syarat memenuhi kriteria / syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2018-09-28T10:10:47+00:00